Cashless Society di PEDi Felda Sri Ledang

26 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

25 Februari 2024, program ini bertujuan untuk memperkenalkan tentang pembayaran tanpa tunai dan mewujudkan masyarakat tanpa tunai yang berlestari dan berkembang maju. DALAM usaha membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan projek Cashless@PEDi.

Projek rintis itu akan diadakan di 28 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terpilih seluruh negara melalui pendekatan pameran dan pelbagai aktiviti.
PayNet dimiliki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan 11 bank tempatan adalah pengendali rangkaian pembayaran runcit kebangsaan serta perkongsian infrastruktur berpusat untuk pasaran kewangan Malaysia.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC memberitahu, Cashless@PEDi bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia. Menurutnya, kajian cerapan pembayaran digital PayNet 2022 mendapati, 78 peratus rakyat negara ini masih lagi cenderung menggunakan pembayaran tunai pada tahun 2021 iaitu 11 peratus kurang berbanding tahun 2020. Namun, menurutnya lagi, trend penggunaan tunai kembali meningkat pada 2022 terutamanya di kawasan luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali